Monday, May 26, 2008

11 RAHSIA LELAKI SIMPAN DARIPADA PASANGAN

Setiap daripada kita ada menyimpan rahsia sendiri..Ada yang berani untuk berkongsi bersama pasangan masing-masing..Tetapi masih ramai yang tidak berani untuk berkongsi semua rahsia bersama..Ini mungkin kerana mereka mempunyai alasan yang tersendiri untuk menyembunyikan rahsia daripada pasangan masing2 SmileyCentral.com
Ini adalah antara rahsia-rahsia lelaki yang tidak dikongsi bersama pasangan mereka..


Pandang wanita lain lebih daripada 10 kali sehari
Soalan yang selalu ditanya oleh pasangan "Were you looking at her..?".."Knape tgk pempuan tu..?". Soalan begini selalu ditanya kepada si lelaki..Tapi jangan cepat merajuk..Lelaki tidak berniat untuk memandang perempuan itu dengan tujuan untuk meninggalkan pasangannya..Ini kerana mata lelaki ibarat radar yang sentiasa berputar. Lelaki akan teruja apabila melihat wanita lain yang mengenakan low cut jeans dengan low cut top walaupun pasangannya ada disebelah. Ini adalah kerana sifat naluri lelaki yang semulajadi..Kalau lelaki tidak teruja melihat wanita begini mesti kita terfikir mereka ini bukan dari golongan 'straight man'.. Namun begitu,lelaki perlu menjaga hati dan perasaan pasangannya..Jangan kerana wanita lain pasangan anda terkecil hati.. Kalau boleh di elakkan lagi bagus.. (dosa tengok aurat bukan muhrimnya.. :p)


Main golf(atau sukan lain) untuk elak dari pasangan
Ini alasan yang biasa wanita dengar daripada lelaki.."i nak g main golf dengan kawan2.."..Wanita diluar sana janganlah terlampau percaya dengan alasan ini..Tapi tidak semua lelaki menggunakan alasan ini..Ada diantara mereka yang benar2 bermain golf bersama teman atas urusan bisnes ataupun yang lain..Apakata, bila lelaki bagi alasan untuk keluar bermain golf, ambil peluang untuk ikut bersama.. :p

Tidak berani untuk berkomitmen
Kebanyakkan lelaki takut untuk berkomitmen sebelum berkahwin tetapi sebenarnya lelaki masih lagi takut dengan komitmen walaupun sudah berkahwin.. Mereka memang mengakui sayang pada pasangan masing2 tetapi ada dikalangan lelaki yang langsung tidak pernah terfikir untuk 'settle down' dengan teman wanita mereka..Ada yang lebih teruk kerana mereka teringin untuk mencari pasangan yang bersifat 'bebas' dengan alasan mereka tidak perlu berkahwin dan tiada komitmen.. Walaupun ianya agak kejam tetapi kejadian ini berlaku dalam realiti..

Mempunyai pendapatan yang lebih daripada pasangan adalah penting
Kebanyakkan wanita pada zaman ini mempunyai kerjaya dan ada diantaranya yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada lelaki.. Fenomena ini tidak dapat diterima oleh golongan lelaki..Mereka berpendapat bahawa mereka yang sepatutnya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada pasangan kerana bagi mereka itu adalah seperti maruah mereka..Jika pendapatan mereka lebih rendah, ia seakan menggugat kelelakian mereka..Sepatutnya lelaki perlu sedar bahawa wanita pada masa kini lebih 'educated' dan rajin..Jadi tidak hairanlah wanita mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.. :) Lelaki sepatutnya bangga jika mempunyai pasangan yang berpendapatan lebih ini kerana dialah orang yang boleh tolong kamu di hujung2 bulan :p bile poket dah kering isteri laa orang pertama yang anda cari :p

Sebenarnya suka membaiki barangan dirumah walaupun selalu memprotes
Kenapa kebanyakkan lelaki menyimpan ia sebagai rahsia..? Ini kerana wanita seperti tidak tahu perbezaan membaiki rumah atau membuang sampah..Alasan lain mereka tidak mahu terlampau manjakan pasangan mereka takut lama-kelamaan mereka 'naik minyak' :p Biasa anda dengar bila anda meminta tolong suami/teman anda untuk membaiki barangan rumah mereka mula bagi 1001 alasan.."Alaaa buat la sendiri..". "Alaa saya penatlah,nnt2 la sy buat..".
Tapi sebenarnya mereka gemar untuk membaikinya cuma sifat malas kadang2 menguasai diri :p Disebalik sifat malas mereka, mereka suka bila pasangan mereka meminta tolong,kerana mereka berasa mereka diperlukan :)

Sukakan pasangan menjadi ibu kepada mereka
Kebanyakkan lelaki suka pasangan mereka menjadi ibu kepada mereka.. Kurang pasti kenapa ini dijadikan rahsia kepada pasangan tetapi mereka tidak suka kalau pasangannya menjadi seperti ibu mertuanya :p

Setiap tahun makin sayang
Wahh alangkah bahagianya pasangan anda kalau mereka tahu perasaan sayang anda terhadap mereka semakin bertambah.. Wanita akan rasa terharu jika lelaki mengungkapkan kata2 sayang pada mereka.. Tetapi masih ramai lelaki menjadikannya sebagai satu rahsia..

Tidak faham apa yang pasangan cakap
Wanita memang synonim dengan sifat suka bercakap.. Kalau diberi peluang untuk bercakap mereka akan gunakan sebaik mungkin dan ada kalanya tidak cukup dengan masa yang diberikan.. Mungkin mereka mempunyai terlampau banyak informasi yang ingin dikongsi.. Tetapi kebanyakkan lelaki tidak faham apa yang dikatakan oleh pasangan mereka.. Mungkin apa yang cuba diperkatakan oleh pasangan mereka tentang sesuatu yang tidak menarik minat mereka atau sesuatu yang tidak penting bagi mereka.. Tetapi mereka setia mendengar pada pasangan mereka walaupun mereka tahu pasangan mereka sedang merepek.. Jangan terkejut kerana ada lelaki yang malas layan pada pasangan mereka jika mereka merepek.. Lebih2 lagi bila pasangan mereka membebel :p

Takut kalau pasangan bawa kereta
Saya rasa kebanyakan lelaki akan setuju dengan saya kalau saya katakan mereka takut dan tidak percaya pada pasangan mereka ketika mereka memandu.. Bukannya pasangan mereka tidak mempunyai lesen tetapi memang itu perasaan si lelaki.. Ada yang mengatakan mereka boleh 'accident' bila2 masa saja.. Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama..

"Abah duduk di sebelah dan saya lah driver nyer.. Baru masuk gear 2 abah dah suruh berhenti kereta..Nampak sangat yang dia tidak yakin dengan saya :p"

Untuk menguji tahap ke-machoan si lelaki.. Ajak dia duduk disebelah while u're driving.. :p

Selalu mengharap agar kekal muda
Selalunya bab2 nak cantik atau nak muda dikaitkan dengan wanita tapi secara rahsia si lelaki juga mahu sentiasa kelihatan muda.. Kalau boleh mereka ingin kekal dengan umur 25 tahun :p Bukannya apa kerana tenaga mereka makin berkurangan bila umur makin meningkat..

Inginkan sedikit ruang dan mereka will give you a lifetime
Lelaki memang tidak suka dikongkong terlampau ketat.. Apa yang mereka harapkan adalah sedikit ruang dan kepercayaan daripada pasangan masing2.. Sekali sekala biarlah mereka keluar dengan kawan2 untuk seketika.. Insyaallah relationship kamu berdua lebih bahagia..Tapi si lelaki jangan lah mengambil kesempatan untuk keluar mencari pasangan lain..!!

0 comments: