Friday, May 23, 2008

Tips Untuk Kelihatan Muda

Minyak Zaitun :
Kajian ini telah dijalankan pada 40 tahun dahulu dan membuktikan minyak zaitun dapat mengurangkan penyakit jantung dan juga kanser. Minyak zaitun dipercayai mengandungi antioksida yang baik agar dapat menghalang daripada pelbagai penyakit.

Yogurt :
Sumber ini kaya dengan kalsium yang dapat membantu untuk menghalang osteoporosis dan mengandungi bakteria yang baik untuk badan yang dapat mangekalkan kesihatan badan agar tampak lebih muda.

Ikan :
Kajian terhadap ikan telah dijalankan pada 30 tahun dahulu dan terbukti dapat menghalang penyakit jantung. Ikan yang kaya dengan sumber protein dan lemak Omega-3 dapat menghalang daripada pembentukan kolestrol dan menghalang denyutan jantung yang tidak stabil.

Coklat :
Berfungsi dalam pengawalan pengaliran darah dan mengekalkan keremajaan dalam diri kerana dipercayai dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang dll.

Kekacang :
Kekacang kaya dengan sumber lemak tidak tepu dimana berfungsi sama dengan minyak zaitun. Kekacang juga merupakan sumber vitamin dan mineral.


0 comments: