Tuesday, May 13, 2008

Bila Isteri Merajuk

Teringat pasal satu cerita...

seorang lelaki balik ke rumah setelah abis bekerja..dia hairan..halaman rumah berselerak..surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah bermain tanah kotor,rambut tak bersikat,tak bermandi....masuk ke dalam rumah,lelaki tu terkejut lagi.. ruang tamu lagi teruk berselerak..lelaki itu melaung nama isterinya..sepi tiada jawapan..bila masuk ke dapur si suami melihat sinki dipenuhi dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci..mencari makanan tetapi tiada makanan yang dimasak..masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam...lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas,melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..

"awak sakit ke?"..tanya si suami..

"tak lah",jawab si isteri ringkas..

"kenapa teruk sangat rumah kita hari ini?"tanya si suami sambil menletakkan tangan di dahi isteri nya..kot2 isteri nya demam..

"wahai suami ku,semalam semasa kita bertengkar,abang mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk dirumah tidak sepenat diri abang yang duduk di pejabat, dan abang sering menayakan apa kerja saya lakukan dirumah yang menyebabkan saya kadang-kadang merungut kepenatan..Hari ini saya tidak melakukan krja-kerja yang biasa saya lakukan setiap hari"..

Wanita adalah adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak..Seburuk2 perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat dikandung badan....

p/s: Isteri bukannya orang gaji tetapi adalah satu anugerah dari Allah yang tidak ternilai harga nya...

0 comments: