Wednesday, May 14, 2008

TIP KECANTIKAN UNTUK WANITA 30 TAHUN KE ATAS

Amalkan tips yang diberikan agar kelihatan muda sentiasa

  1. Kawal pemakanan. Ini kerana proses penuaan dapata dilambatkan jika mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan yang berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi kafein, makanan dan minuman ringan.
  2. Guna pelembap muka yang sesuai dengan jenis kulit. Ini kerana, keanjalan dan kelembapan kulit muka semakin berkurangan ketika umur menjangkau umur 30-an.
  3. Cuba elakkan pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang. Ini akan menyebabkan kulit semakin gelap dan kulit manjadi semakin kering.
  4. Sentiasa bersenam. Ini mapu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Lakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun dari tidur. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  5. Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boley diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah set penting untuk kesihatan tubuh adan terutamanya kulit. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan badan mudah deserang penyakit. Air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam badan.
  6. Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amay digalakkan untuk wanita yang berusia 30-an dan ke atas. Sibuk dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan ramai wanita jarang menagamalkan pemakanan yang seimbang. Pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
  7. Elakkan menggena mekap yang tebal. Bagi wanita 30-an ke atas, seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Elakkan dari menggunakan bedak asas yang tebal serta lipstik merah menyala. Ini akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
  8. Bersikap positif, ceria dan selalu bersama orang yang tersayang. Dengan kehadiran orang yang tersayang dapat membantu membina keyakinan diri dan menghilang stress.

INFO : Pastikan anda menggunakan "make-up base" bagi memastikan make-up anda tahan lebih lama...

1 comments:

Anonymous said...

artikel anda bagus dan menarik, artikel anda:
http://kecantikan.infogue.com/
http://kecantikan.infogue.com/tip_kecantikan_untuk_wanita_30_tahun_ke_atas

anda bisa promosikan artikel anda di www.infogue.com yang akan berguna untuk semua pembaca. Telah tersedia plugin/ widget vote & kirim berita yang ter-integrasi dengan sekali instalasi mudah bagi pengguna. Salam!