Friday, May 16, 2008

Manja atau Gedik??

>>MANJA KE...??<<






Ada di dikalangan kaum lelaki yang memilih wanita manja sebagai teman hidup dan ada pula sebaliknya..Itu terpulang kepada citarasa individu itu sendiri..



Ada pendapat mengatakan antara 5 ciri-ciri wanita pilihan lelaki adalah wanita manja..Fakta ini telah diakui setelah sebuah majalah tempatan membuat survey ke atas kaum lelaki..Nyata sifat manja adalah antara 3 ciri utama yang kaum lelaki perlukakan dari pasangan mereka..

  1. Bersifat keibuan
  2. Bersifat keanak-anakan
  3. Manja
  4. Pandai berkomunikasi
  5. Pandai menjaga penampilan




Walaubagaimanapun,kaum lelaki telah meletakkan syarat pada ciri-ciri wanita idaman mereka...Mereka mengatakan TIDAK kepada wanita yang terlampau manja..Wanita yang mempunyai sifat manja yang "OVER" ini telah diklasifikasikan sebagai wanita "GEDIK"...



Sifat manja ini sebenarnya datang dari dalam wanita itu sendiri..kalu ter"OVER" tidak bermakna mereka gedik sebaliknya itu adalah sifat dalaman mereka yang semulajadi...



Ada jugak pendapat yang mengatakan wanita itu menjadi manja disebabkan ingin memenuhi citarasa kaum lelaki itu sendiri..Antara alasannya,kaum lelaki rasa diri nya lebih diperlukan oleh pasangannya..

Alasan lain yang disuarakan adalah kaum wanita itu sendiri inign menonjolkan diri mereka dikhalayak ramai ketika mereka bersama dengan pasangan..Mereka ingin menunjukkan hubungan yang lebih mesra agar sedikit sebanyak dapat membuatkan pasangan lain berasa cemburu...

Gedik itu datang apabila sifat manja tadi sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang tertentu..Kalu anda merasakan anda tidak mempunyai sifat dalaman ini,jangan la berusaha sampai ter"OVER"..Ini kerana lelaki menyukai wanita yang bersikap semulajadi tanpa perlu dibuat2..

Tips : Anda tidak perlu mengubah diri untuk mencari pasangan kerana Allah SWT telah menciptakan pasangan masing2..Bagi yang sudah berpasangan,cubalah jadi diri sendiri..InsyaAllah hubungan anda akan berkekalan...

1 comments:

Anonymous said...

ok la intan punye blog..cute n look pinky...lg plak bnyak gak petue2 dlm ni..haha